12 December 2015

Tips mencukupkan rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi


Tip ini saya ambil dari buku Bisnes Cara Kami. InsyaAllah mula amalkan. Dalam buku tersebut dan dalam seminar Bisnes Cara Kami, Fel mengajak kita memahami apa makna rezeki. Kebanyakan kita mesti terbayang duit kan. Hakikatnya rezeki itu adalah semua yang Allah kurniakan kepada kita. Ada orang naik kereta kecil dan dah habis bayar, dah tak berhutang, itu adalah rezeki. Ada orang belum ada anak tapi ada rezeki kelapangan masa dan duit untuk melancong ke sana sini. Rezeki adalah semua yang kita nikmati hatta sakit pun rezeki kerana bila sakit kita dikurniakan rezeki mudah untuk ingat Allah dan zikir selalu.

Rasa rezeki sempit? Ada duit tapi cepat habis. Tak tahu apa yang dibeli. Kenderaan asyik rosak. Barang asyik hilang. Muhasabah diri dahulu sebelum melihat faktor luaran. Semak :
- solat
- zakat
- aurat
- bacaan al Qur'an
- sedekah
- selawat
- hutang
- hubungan dengan ibu bapa
- akhlak

Ini juga adalah asas amalan peniaga Islam. Berubah perlahan-lahan dan konsisten. InsyaAllah rezeki semakin luas. Aamiin.


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...