29 December 2015

Petua murah rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

[Sumber]


Doa:

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu daripada meminta-minta kepada selainMu"

Petua Murah Rezeki
* Istighfar
* Solat sunat taubat
* Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat)
* Surah al-Waqi'ah setiap mlm
* Solat sunat Dhuha
* Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis)
* Semasa dalam perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x dan pasang niat bahawa aku akan dapat rezeki pada hari ini
* Bismillah


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat. 
Aamiin. 

=========== 
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 

27 December 2015

Amalan kaya jiwa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google




[Sumber]

Dari FB Ummu Fahmi
 
Amalan harian yang sepatutnya kita buat:
1. Bangun malam
(sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat
(minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta)
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. tasbih 40x
11. Solat sunat fajar
12. Solat subuh.
13. Baca Yaasiin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16.Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
-solat sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur
baca :
- Al-Quran
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.
===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

26 December 2015

Rahsia selawat dan rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال سيدنا محمد

Semalam saya baca status sahabat fb tentang bisnesnya tiada jualan.
Ada seseorang beri tip selawatlah 1000x
Dengan izin Allah, terus dapat jualan.
.
Saya pun target nak buat juga sempena ‪#‎MaulidurRasul‬
Biasa baca tak kisah dengan jumlah/nombor pun.
Kemudian saya sedar, untuk belajar capai target, mesti ada nombor.
Belajar ukur pencapaian sendiri.
.
Sejujurnya saya tak berjaya capai 1000x
Jika baca laju2 mungkin mudah.
Tapi baca penuh penghayatan sambil membayangkan kubur Nabi di Madinah, akhlak Baginda, syafa'at Baginda - ambil masa sedikit.
.
Pagi ini saya dapat tawaran rezeki tak disangka2.
Terkejut, tak sangka!!
Selepas beberapa ketika, nangis terharu sama lebat macam hujan di Kota Jembal.
Begitulah rasanya lepas satu demi satu apa yang kita nak Allah makbulkan pada waktu tak terduga.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

  
Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

20 December 2015

Cara bebas kewangan

Tip ini saya ambil dari fb, tapi dah lupa dari siapa.

Mohon Allah lapangkan rezeki kepada beliau atas perkongsian teknik bebas kewangan ini.

19 December 2015

Tip murah rezeki - sedekah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Hujung tahun ni ibubapa banyak berhabis duit bagi keperluan sekolah anak-anak. Rasa "semput" bila duit habis bak air mengalir? Nak tip lapang dada walau dompet makin kempis? :D

SEDEKAH

Ya, sedekah. Itulah "ubat" paling mujarab. Kalau belum buat, mesti rasa "eh, aku dah la banyak duit habis ni, nak bagi kat orang pulak". Buat je, nanti rasa sendiri kesannya. Masa sedekah tu doalah Allah gantikan dengan rezeki yang berlipat ganda. Nak minta spesifik Allah gandakan duit pun boleh. Allah kan Maha Kaya :) Nanti tak ikhlas pulak. Eh, memang kita kena minta dari Allah pun. Bukan minta balasan dari orang yang kita beri sedekah tu. Yang kita elok minta dari orang yang menerima sedekah adalah doa.

Mula-mula mungkin rasa terpaksa. Buat je. Lama-lama dah dapat feel, rasa seronok pula. Rasa itulah yang kita mahu. Hanya Allah yang boleh beri rasa tu. Itu satu anugerah. Mana satu kita nak? Duit habis dan resah gelisah atau duit habis tapi maintain tenang je? ;) Tiba-tiba dapat rezeki yang tak disangka-sangka pula tu. Baik kan Allah. Kita perlu yakin je. InsyaAllah rezeki duit akan datang pada masa yang kita perlukan.

Ini saya kongsikan peluang untuk anda bersedekah. Copy dari blog sahabat maya saya yang cekal dan komited dalam membantu golongan yang memerlukan, Sanggar Suri.


Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2016 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Machang, Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong & Redang Panjang, Perak
3. Perkampungan miskin sekitar Raub, Pahang.
4. Kawasan penempatan miskin bandar sekitar P.Pinang.
5. Kawasan perkampungan dan  penempatan miskin bandar sekitar Sabah

Sasaran: 200 pelajar

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Pakaian, Beg&Kasut Sekolah
(anggaran RM100)
2. Bekas pensel & alat tulis
3. Buku rujukan (baru @ terpakai)

Untuk maklumat lanjut:

Elly EksekutifSuri​012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan:

Rantau Panjang & Pasir Mas:
Mie Gstk​ 019-9107987/017-9793919(WA)

Kota Bharu:
Dekda Mohd Noor​ 012-3308551

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.

Jazakumullah khairan kathira 

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> Simpanan Emas

17 December 2015

Seminar Usahawan Fesyen Muslimah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : SiFu




ASYIK GAGAL DALAM BISNES ONLINE?

.
" Aku dah berniaga pakaian muslimah ni bertahun,tapi bisnes tu cukup-cukup makan je, cukup tu pun sebab aku gaul sekali untung dengan modal.,Aku tak pernah pun belajar cara yang betul nak berniaga. Asyik langgar dinding aje,kalau tak bisnes rugi, paling oke pun lah stok tak jalan. "
.
Aku suka berniaga pakaian muslimah ni sebab ku nak berdakwah, tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat untuk bisnes aku ni. Setiap hari buka newsfeed aku tengok orang lain aktif betul berniaga, pos barang banyak, restock sana, COS sini. Aku?
.
Orang ni jual bende same dengan aku, tapi..
+ Kenapa barang dia laku?
+ Aku punya barang tak jalan pun?
+ Macam mana diaorang buat?’
+ Macam mana nak capai macam apa yang diaorang capai?
.
Aku sedar aku tak ada ilmu bisnes, selama ni redah je sendiri, sebelum aku alami terlalu banyak kerugian diatas ‘yuran keb*d*han’ aku sendiri.. aku perlu buat sesuatu, bisnes gaya mereka. Aku nak sangat belajar dengan usahawan lain yang dah alami asam garam bisnes pakaian muslimah ni.
.
Tapi......... aku tak tahu mana nak cari mentor yang sudi ajar aku!

--------------------------------
Berminat?

Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
--------------------------------

ADAKAH ANDA SEPERTI SAUDARI DI ATAS?
.
Jangan risau, kini kami tampil untuk bantu anda yang memerlukan ilmu perniagaan pakaian muslimah secara online untuk lebih faham ilmu praktikal (boleh terus apply) dalam bisnes anda!
.
SIAPA PATUT HADIR SUFeM?
.
- Bakal usahawan pakaian muslimah
- Orang yang mencari peluang
- Student yang baru nak mula berniaga
- Suri rumah
- Usahawan dan perniaga online
- Usahawan produk pakaian

--------------------------------
ILMU RAHSIA YANG BAKAL DIDEDAHKAN
--------------------------------
.
- Memberi kefahaman tentang makna sebenar perniagaan dan bagaimana untuk lebih bermotivasi dengan perniagaan anda.
- Bagaimana untuk membuat ‘FREE COST MARKETING’ melalui Facebook.
- Bagaimana untuk mencari DROPSHIP untuk bisnes kita dan macam mana nak urus ahli dropshipper yang ramai.
- Buat duit melalui Instagram, tambah follower dan buat orang ‘nampak’ produk anda.
- Bagaimana untuk menguruskan pengeluaran sendiri produk muslimah tersebut supaya boleh merendahkan kos per helai walaupun anda tiada ilmu menjahit.
- Bagaimana untuk berniaga pakaian muslimah seperti tudung, niqab, sarung lengan dan jubah abaya gaya santai tapi berhasil?
.
--------------------------------
BAGAIMANA NAK DAFTAR SEMINAR NI?
--------------------------------

Harga sebenar kelas ini adalah Rm150, Tapi jangan bayar harga ni. Kami dah fikir berkali-kali sebelum kami buat keputusan tak masuk akal ni.
.
Kami TIDAK AKAN JUAL dengan harga RM150!
.
Untuk anda yang cepat bertindak dan mendaftar awal, yang sedang membaca ayat ini,kami mahu berikan tawaran harga tidak masuk akal.
Dapatkan harga diskaun untuk pendaftaran seminar ini. 
.
Anda hanya perlu bayar RM49 sahaja!!
.
Jaminan pemulangan wang sekiranya setelah anda hadir seminar ini dan anda rasa tidak puas hati dengan kandungan seminar ini. Anda hanya perlu ke meja pendaftaran dan minta kami refund wang anda. Kami akan pulangkan wang anda 100% tanpa banyak soal.
.
Jadi tunggu apa lagi,daftar sekarang sebelum tempat duduk penuh!
.
--------------------------------
Berminat?

Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
Taip “SUFeM” dan Whatsapp ke +6019-2855128
--------------------------------
.
Tarikh : 26 Disember 2015
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Lokasi : Marang Guest House, Marang, Terengganu
( Sebelah Hotel Seri Malaysia Marang : GPS : 5.211789, 103.206190 )

 Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat. 
Aamiin. 

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

16 December 2015

Tip bebas hutang sebelum berhenti kerja

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Status FB pada Januari 2015:

Doakan saya doakan saya,
hanya beberapa hari untuk melepaskan ikatan ...
sudah cukup sudah ;)
Hutang belajar - SETTLE
Hutang kereta - SETTLE
Kad kredit - SETTLE
Personal loan 1 - SETTLE
Personal loan 2 - insyaAllah settle sebelum 29 Januari 2015 (azam 2014 yang termakbul aamiin)

Jangan buat hutang baru yang tak elok sudah..he.he..

Cuma tinggal hutang amal ibadat dengan Nya,
hutang budi di bawa mati :)
hutang ilmu - insyaAllah usaha sampaikan melalui pelbagai medium.


Disember 2015

Alhamdulillah impian bebas hutang 2014 termakbul.

Cuma ada satu hutang baru terjebak juga ..huhu..
Hutang kereta tapi niat mudah untuk balik kampung, menjenguk ibubapa, maka belilah juga kereta yang selesa sedikit. InsyaAllah target langsaikan lebih awal, 3 tahun sahaja, ada berani??

Yakin, yakin, yakin. Allah pasti beri jalannya.

Ini cerita saya bebas hutang setelah 12 tahun kerja makan gaji :

1. Niat, doa dan azam yg kuat
2. Inspirasi dari ibu
3. Berkereta di bawah kemampuan
4. Menabung
5. Sentiasa baca dan amalkan tip pengurusan kewangan.
6. Tulis target nak settle hutang lebih awal.
7. Tambah pendapatan dari bisnes online.

(Perkongsian kepada Puan Masayu Ahmad, inspirasi saya untuk bekerja dari rumah)

Saya rasa mindset nak bebas hutang adalah bermula dari emak. Dia memang tak suka berhutang kecuali terdesak dan untuk tujuan keperluan seperti perniagaan dan beli aset. Sejak kecil dia tekankan cepat bayar hutang. Beli cash dengan menabung sebab dia tak makan gaji.

Pinjaman pelajaran:
Saya dapat pinjaman Mara, jadi tak sebanyak Ptptn dan tiada interest.
Terus tolak gaji ikut kemampuan kita. Biar sedikit asal bayar setiap bulan sehingga langsai. Jika dapat bonus boleh bayar lebih.

Pinjaman peribadi:
Terjebak untuk bantu suami dan susun kewangan kami.
Pinjaman pertama potong gaji guna Angkasa tetapi saya dapati selalu ada bayaran denda lewat bayar sedangkan sudah potong gaji. Saya rasa ada kelewatan sebab berkaitan 3 pihak, bank, majikan, Angkasa.

Selepas langsai pinjaman pertama, pinjaman peribadi ke 2 tak guna Angkasa dan potong gaji. Saya terus bayar sendiri. Masa ni dah dapat disiplin bayar dgn konsisten. Jika ada masa bulan yang "semput", bulan seterusnya saya akan gantikan bayaran.

Pinjaman kereta:
Beli kereta yang paling murah dan ikut kegunaan yang hanya ke tempat kerja dan sekitarnya sahaja. Masa pinjaman adalah 9 tahun tapi saya sentiasa berdoa dapat langsaikan sebelum tempoh tersebut.
5 tahun pertama, rasa "sesak nafas" juga. Pernah tinggal beberapa ringgit sahaja pada hari terakhir sebelum gaji.

Jadi saya dan suami jumpa penasihat kewangan. Kerana itulah juga terpaksa buat pinjaman peribadi tapi suami dah nampak cara untuk uruskan kewangan kami.

Saya mula cari pendapatan tambahan melalui perniagaan online kerana saya lebih selesa dengan cara ini. Banyak duit habis dilaburkan untuk beli buku perniagaan dan kewangan serta hadir seminar.

Perbelanjaan:
Suami buat kira-kira dan susun perbelanjaan kami. Cuba berbelanja secara berhemah. Oleh kerana kami masih menyewa, jadi tiada istilah tukar baru perabot dll. setiap kali perayaan. Tambahan kami balik beraya di kampung. Tiada jamuan rumah terbuka juga, yang nak datang boleh terus datang :)

Menabung:
Suami akan pastikan saya dapat menabung di Tabung Haji. Saya suka shopping tetapi bila sudah ada anak-anak, perlu fikir panjang untuk pendidikan dan simpanan mereka juga.
Berkawan dengan mereka yang suka menabung juga membantu kita kekal bersemangat. Ada tabung syiling, tabung RM1, tabung RM20, Rm5. Anak-anak juga ada tabung mereka sendiri.
Duit bonus atau naik gaji simpan sedikit.

Loan settlement:
Duit Kwsp setelah dapat taraf berpencen guna untuk langsaikan hutang kereta lebih awal dari tempohnya.
Lebihannya untuk hutang kad kredit yang digunakan untuk baiki kereta sendiri dan suami.
Lebihan lagi jadi simpanan.

Target:
Setiap hutang memang saya tulis untuk langsaikan lebih awal. Hutang terakhir, pinjaman peribadi kedua itu, saya gunakan kesemua duit dari perniagaan online dan sedikit simpanan.
Saya percaya zakat pendapatan dan sedekah dapat membantu kita mudah untuk menguruskan hutang. Sebelum shopping, selesaikan dahulu zakat, sedekah, hadiah untuk ibubapa, pendidikan anak-anak dan takaful perubatan.
Alhamdulillah simpanan saya sudah mencapai 6 bulan gaji jika mahu berhenti kerja tetapi saya masih perlu berusaha untuk mendapatkan pendapatan dari perniagaan agar sama dengan duit makan gaji kerana kami masih belum memiliki rumah dan menunaikan haji.



Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya?
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

15 December 2015

Tip menabung

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Mei 2015

Ada orang merengek nak beli mainan minecraft di Bangi Gateway.
.
Kira duit tabung dulu ya.
Dah cukup baru pergi.
.
Tip galak anak menabung:
💰 Asal jumpa syiling, terus masukkan dalam tabung.
💰Elakkan duit di lantai walaupun hanya 1 sen. Hargai dan hormati duit. Kelak duit "suka" datang pada kita.
.
#IbubapaBijakAnakMewah




Ketika bayar di kedai mainan tadi,
pemiliknya tanya,
"Duit dari niaga ke?"
.
😁
"Duit tabung", jawab saya.
Minta dia kira semula kalau-kalau tak cukup.
.
"Duit 10 sen ada tak kak?"
"Ada, tapi tak bawa hari ni"
.
Ok, dah ada port baru tukar duit syiling 😊
Lepas tukar boleh dapat tudung sehelai kat CK Rahim …he…he…
.
#ibubapabijakanakmewah
1 ikat RM10 😉
— at Bangi Gateway Shopping Complex.

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
 Aamiin.
 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com

 Mahu mencari baju menyusu patuh syariah?
 Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

14 December 2015

Tip bebas kewangan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

:: FINANCIAL FREEDOM ::
.
FF
Salah satu topik kegemaran.
Alhamdulillah tahun lepas sudah bebas hutang tapi tahun ini ada semula ..hu..hu..
Saya doakan hutang itu jadi ladang pahala bila saya bayar seikhlas hati.
.
Teringat kata-kata penceramah di #SeminarMMR, bila kita doa nak jadi kaya, Allah hantar seseorang yang selalu minta duit kita, kejadian yang selalu mengundang duit keluar samaada bentuk sedekah, tajaan, hadiah, belanja dll.
Ingat itu adalah proses untuk jadi kaya.
.
Redha. Sabar. Solat.
Minta dengan Yang Maha Kaya.
Mudah je Allah nak ganti berlipat ganda dari jumlah yang dah keluar tu.
.
Yakin.
Terutama bila berkaitan dengan orang2 terdekat kita : suami/isteri/ibubapa/anak/sahabat.
Buang doa "takde duit takde duit" tu.
Allah makbul takde duit baru tahu 😉
.
Back to FF #kelasonlineCikMal
Alhamdulillah sekali lagi dapat berada dalam majlis ilmu online.
Walaupun pagi baru khatam dek ketiduran awal.
.
Panas kepala juga dibuatnya bila fikir keras=thinking hard 😂 tentang jumlah duit yang diperlukan!
.
SURVIVAL + LIFESTYLE
kena tambah 50% dari jumlah di atas (mengambil kira inflasi)
Kira lagi tambahan 10% yang perlu dapat dari jumlah tahunan itu.
Cth:
RM5K + RM5K = RM10K SEBULAN
RM120K SETAHUN
+ 50% = RM180K SETAHUN
× 10 = RM1.8M SETAHUN
.
Cari PASSIVE INCOME yang boleh bagi pulangan 10% sekurang-kurangnya.
.
Target berapa tahun mahu capai?
Cth:
FF 10 tahun lagi
Perlu masuk RM15K sebulan dalam tabung FFA
.
Apa passive income yang boleh buat untuk capai FF?
1. ONLINE BUSINESS
2. NETWORK BUSINESS
3. REAL ESTATE
4. TELE COMM.
5. SHARES
6. FRANCHISING
7. ROYALTIES
.
Tentang 6 tabung.
DO IT NOW!
.
Soalan hantuk kepala:
Dengan gaji kerja yang ada sekarang bila agak-agak boleh capai FF yang diimpikan?
BE REALISTIC.
Apa yang saya belajar, setiap impian perlu ada NOMBOR YANG JELAS.
Nak BANYAK beri dulu BANYAK-BANYAK 💰
.
Kawan-kawan rasa posting ini "menggerakkan" fikiran dan usaha?
Zikir Allahu ya Ghaniyy ya Wahhab ya Razzaq
.
.
.
Saya edit lagi kalau ada nak tambah 😊
Now lets Dhuha 😙


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> Simpanan Emas

12 December 2015

Tips mencukupkan rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi


Tip ini saya ambil dari buku Bisnes Cara Kami. InsyaAllah mula amalkan. Dalam buku tersebut dan dalam seminar Bisnes Cara Kami, Fel mengajak kita memahami apa makna rezeki. Kebanyakan kita mesti terbayang duit kan. Hakikatnya rezeki itu adalah semua yang Allah kurniakan kepada kita. Ada orang naik kereta kecil dan dah habis bayar, dah tak berhutang, itu adalah rezeki. Ada orang belum ada anak tapi ada rezeki kelapangan masa dan duit untuk melancong ke sana sini. Rezeki adalah semua yang kita nikmati hatta sakit pun rezeki kerana bila sakit kita dikurniakan rezeki mudah untuk ingat Allah dan zikir selalu.

Rasa rezeki sempit? Ada duit tapi cepat habis. Tak tahu apa yang dibeli. Kenderaan asyik rosak. Barang asyik hilang. Muhasabah diri dahulu sebelum melihat faktor luaran. Semak :
- solat
- zakat
- aurat
- bacaan al Qur'an
- sedekah
- selawat
- hutang
- hubungan dengan ibu bapa
- akhlak

Ini juga adalah asas amalan peniaga Islam. Berubah perlahan-lahan dan konsisten. InsyaAllah rezeki semakin luas. Aamiin.


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

11 December 2015

30 hari bisnes cara kami (bhg. 3)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi


Baca tip hari 1-10 di entri 30 hari bisnes cara kami (bhg. 1)
Baca tip hari 11-20 di entri 30 hari bisnes cara kami (bhg. 2)

Hari 21 : 
Jangan cepat melenting. Jangan cepat marah. Jangan cepat melatah.

Hari 22 :
Jangan panik apabila ada masalah. Sentiasa bersedia menghadapi kesulitan.

Hari 23 :
Sentiasa cari peluang menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Hari 24 :
Berusaha meminimakan hutang dan selesaikan secepat mungkin.

Hari 25 :
Jangan main harga. Jangan jadi pengacau pasaran. Jangan jadi pembunuh industri.

Hari 26 :
Jangan lari daripada tanggungjawab.

Hari 27 :
Belajar daripada kesilapan. Muhasabah diri dahulu sebelum melihat faktor luaran.

Hari 28 :
Berani membuat keputusan dan berani menanggung risikonya.

Hari 29 :
Sentiasa cari ilmu baru tentang bisnes dan tambahkan lagi ilmu sedia ada.

Hari 30 :
Dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman.

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian dari buku  30 hari bisnes cara kami #30TipsRafelinna. Didoakan Allah permudahkan kita untuk mengamalkannya.

Kunjungi http://store.legacypublishing.my untuk buku-buku bisnes terbaik. Orang yang berjaya adalah orang yang rajin membaca dan mengamalkan ilmu yang dibaca :) Aamiin.

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my


Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >>  http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

08 December 2015

Bisnes Cara Kami

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi



6 Disember 2015.
Khatam.
Dah lama tak baca buku back-to-back dalam masa sehari.
Ni ganti balik awal seminar 😄
Siapa yang tak dapat ke seminar, boleh beli buku ni.
Pengisian yang sama.
Cuma seminar ada kelebihan / tambahan lain.
.
Komen tentang buku:
- desain menarik dengan gambar warna-warni cuma tulisan utama kurang terang bagi acik bakal 40an 😅
- best sebab cerita sebenar bukan teori buku teks
- senang faham, bahasa sempoi
- banyak kisah inspirasi dan ilmu yang bernilai.
.





 Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya?
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah?
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

06 December 2015

Seminar Ini Bisnes Cara Kami 2.0

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi




Nota:
- Be proud of what we do
"Saya usahawan bisnes online"
bukan buat sambil-sambil je, nanti sale pun sambil-sambil
.
Follow brand yang dah establish
Tiru cara post
.
Pendekkan target untuk lebih berusaha
Buat workplan untuk capai target
.
Sebelum mula menuntut ilmu, ingat Allah, zikit hasbi Rabbi ..., sucikan hati.
.
Faham makna sebenar rezeki.
Tahu cara jaga rezeki.
Setiap pagi bila bangun, syukur apa yang dimiliki di sekeliling kita.
.
Bila ditimpa ujian, refleks (muhasabah) diri dulu.
.
Layan Allah dahulu sebelum layan customer.
Azan, solat dahulu sebelum reply whatsapp customer.


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya?
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah?
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...