19 December 2015

Tip murah rezeki - sedekah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Hujung tahun ni ibubapa banyak berhabis duit bagi keperluan sekolah anak-anak. Rasa "semput" bila duit habis bak air mengalir? Nak tip lapang dada walau dompet makin kempis? :D

SEDEKAH

Ya, sedekah. Itulah "ubat" paling mujarab. Kalau belum buat, mesti rasa "eh, aku dah la banyak duit habis ni, nak bagi kat orang pulak". Buat je, nanti rasa sendiri kesannya. Masa sedekah tu doalah Allah gantikan dengan rezeki yang berlipat ganda. Nak minta spesifik Allah gandakan duit pun boleh. Allah kan Maha Kaya :) Nanti tak ikhlas pulak. Eh, memang kita kena minta dari Allah pun. Bukan minta balasan dari orang yang kita beri sedekah tu. Yang kita elok minta dari orang yang menerima sedekah adalah doa.

Mula-mula mungkin rasa terpaksa. Buat je. Lama-lama dah dapat feel, rasa seronok pula. Rasa itulah yang kita mahu. Hanya Allah yang boleh beri rasa tu. Itu satu anugerah. Mana satu kita nak? Duit habis dan resah gelisah atau duit habis tapi maintain tenang je? ;) Tiba-tiba dapat rezeki yang tak disangka-sangka pula tu. Baik kan Allah. Kita perlu yakin je. InsyaAllah rezeki duit akan datang pada masa yang kita perlukan.

Ini saya kongsikan peluang untuk anda bersedekah. Copy dari blog sahabat maya saya yang cekal dan komited dalam membantu golongan yang memerlukan, Sanggar Suri.


Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2016 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Machang, Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong & Redang Panjang, Perak
3. Perkampungan miskin sekitar Raub, Pahang.
4. Kawasan penempatan miskin bandar sekitar P.Pinang.
5. Kawasan perkampungan dan  penempatan miskin bandar sekitar Sabah

Sasaran: 200 pelajar

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Pakaian, Beg&Kasut Sekolah
(anggaran RM100)
2. Bekas pensel & alat tulis
3. Buku rujukan (baru @ terpakai)

Untuk maklumat lanjut:

Elly EksekutifSuri​012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan:

Rantau Panjang & Pasir Mas:
Mie Gstk​ 019-9107987/017-9793919(WA)

Kota Bharu:
Dekda Mohd Noor​ 012-3308551

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.

Jazakumullah khairan kathira 

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> Simpanan Emas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...