27 July 2016

Bagaimana mahu berjaya simpan duit bagi pekerja makan gaji?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

[Image source]
Simpan duit? Macamanalah nak simpan duit di zaman sara hidup tinggi ni kan? 
Saya dan anda tidak akan berjaya menyimpan duit jika hanya mengeluh setiap hari. Habis bulan habis gaji. Tabiat menyimpan (menabung) ni bukan tentang berapa jumlahnya tetapi lebih kepada bagaimana nak konsisten walaupun hanya 10 sen. Bagaimana nak paksa diri untuk "menghargai" penat lelah bekerja dengan "memberi" wang kepada diri sendiri :D

Bagi pekerja makan gaji, kita ada portion 10% dari duit untuk belanja apa yang kita nak. Saya kongsikan Panduan Mengurus Kewangan di SINI. 10-20% adalah untuk simpanan. Anda boleh tetapkan ikut keperluan. 

Yang penting, seimbang. Janganlah simpan semua sehingga tak dapat menikmati apa yang kita perlu hari ini. Saya teringat kisah benar orang kampung yang sangat berjimat cermat kerana mahu kumpul duit untuk beli tanah. Makanan dicatu, beli yang murah dan kurang khasiat kerana takut duit habis. Akhirnya kesihatan pun terjejas sebab asyik kerja kuat dan gaya hidup tak seimbang.

Pagi ini saya baca beberapa blog tentang rahsia menabung. Maklumlah minggu gaji bagi pekerja kerajaan/badan berkanun. Minggu kira-kira bagi saya. Kira-kira berapa yang nak simpan, berapa nak belanja. Alhamdulillah, setelah lama tak tolak terus duit gaji ke Tabung Haji melalui ATM transfer, berjayalah juga buat pada gaji bulan ni.
Salah satu dari 5 Tips Menyimpan Yang Efektif di blog Pak Di ialah Standing instruction/Auto Debit
Boleh buat terus di akaun gaji kita. Selalunya saya transfer dengan ATM je. Dah link akaun Tabung Haji. And kena kuat iman bila buat link macam ni ya..he..he..sebab kebarangkalian nak ambil tu mudah, 'cucuk' je macam 'cucuk' duit gaji. Apa yang buat saya kuatkan iman? Tak lain tak bukan, target simpanan jangka masa panjang. Ada impian besar. Jadi saya kena gigih berusaha.

Pak Di juga kongsikan tentang main kutu.
Inipun saya sedang buat dengan kawan-kawan ofis. Cuma jumlah duit yang dapat tu saya guna untuk belanja besar seperti insuran kereta, roadtax dan lain-lain. Ada kawan yang beli emas. Bagus juga tu.

3 tip lain adalah Kumpul Si Hijau, Simpan Duit Syiling dan Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM.
Kesemua ini saya sedang buat juga. Sama seperti main kutu, jumlah duit yang dapat adalah untuk belanja besar/tahunan seperti raya, keperluan anak sekolah, keperluan rumah atau top up mana yang kurang. Akaun tanpa kad yang ada hanya Tabung Haji. ASB dah tutup sebab ikut fatwa negeri Selangor 2011.

Kepada pekerja makan gaji, bolehlah cuba tip di atas ya.
Reward lah sendiri dengan jumlah simpanan yang semakin bertambah ;)


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.
===========
Anda menjual produk berkaitan penyusuan susu ibu?
Iklankan produk anda secara PERCUMA di SINI >>  http://bit.ly/butikPSI

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 

 Jemput ke >> Simpan 1 g 1 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...