Wednesday, May 18, 2011

Mudahnya Bisnes Internet Bersama EdyMart

Masalah utama tambah pendapatan melalui bisnes internet

Kos sarahidup yang tinggi menyebabkan orang ramai mencari pendapatan sampingan melalui bisnes internet. Namun permasalahan yang sering dihadapi oleh mereka ialah tidak tahu bagaimana nak mula, tiada modal yang besar, tiada pengalaman, kurangnya pengetahuan yang berkaitan dan masa yang amat terhad untuk menguruskannya.

EdyMart sediakan kedai online pelbagai produk laris

EdyMart ada jawapannya. Anda akan diberi satu sistem kedai online EdyCart ,sebagai contoh Kedai Online ClothDNZ yang lengkap dengan pelbagai produk laris, pemasangannya memakan masa hanya 5 minit dan pengoperasiannya amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dilaksanakan.

Kedai online milik anda boleh diubahsuai dan dipromosikan

Anda boleh mengubahsuai kedai online tersebut menggunakan logo anda, memilih gambar muka depan yang menarik perhatian pelanggan serta mempromosikan laman web lain menggunakan ruangan yang disediakan.

Proses jual beli produk oleh pelanggan di kedai online anda

Sekiranya pelanggan membeli produk di kedai online tersebut, pelanggan akan membuat pembayaran ke dalam akaun bank anda. Anda hanya perlu ke admin sistem kedai online EdyCart, menyemak pesanan pelanggan dan mengesahkan pembayaran, kemudian anda dikehendaki membayar harga modal ke Edy Marketing. Pihak Edy Marketing akan menguruskan pembungkusan dan melakukan penghantaran pesanan produk tersebut kepada pelanggan anda.

Anda dibantu dengan strategi pemasaran yang berkesan

Sistem EdyCart Marketing Advisor akan membantu anda dalam mempromosikan kedai online anda, melalui panduan tindakan strategi pemasaran yang berkesan, untuk dilaksanakan dari masa ke semasa. Ini mampu meningkatkan hasil jualan sekaligus menambah pendapatan yang diperolehi daripada hasil jualan kedai online anda.

Cara-cara untuk upgrade menjadi Pengedar Edy Marketing

Anda sudah bersedia? Bertindak sekarang dengan cara mendaftar di link http://bit.ly/dropshipagent Anda perlu mendaftar ahli web EdyMart secara percuma di http://edymart.com/

Miliki sistem kedai online EdyCart dan terus berniaga

Pembayaran hanya RM 100 seumur hidup , dan sistem kedai online EdyCart milik anda untuk tempoh 30 hari. Selepas itu, sewa kedai online serendah RM1 sehari sahaja atau anda boleh memilih pakej yang lebih jimat seperti yang tertera di admin kedai online anda.

Potensi masa depan anda bersama bisnes EdyMart

Bisnes EdyMart mampu berkembang dari masa ke semasa, membantu dan melahirkan usahawan yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa

Thursday, April 7, 2011

Jom mulakan perniagaan internet anda ...

Salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi mengenai perniagaan internet yang saya jalankan sejak Januari 2010 ini...

Adakah anda ingin mempunyai perniagaan internet sendiri @ memajukan perniagaan TANPA bergantung kepada kami kelak [ Anda Adalah Bos ] dengan cara mempelbagaikan Sumber Pendapatan dan guna Strategi Pemasaran yang berkesan.

Kami bantu anda tambah sumber pendapatan dan guna strategi pemasaran yang berkesan & mudah.

Tindakan awal anda hanya perlu Copy & Paste atau menaip di Wall Facebook. Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam di Facebook TETAPI alangkah baiknya ia mampu menjana pendapatan tambahan. Anda tidak perlu mengorbankan masa yang banyak untuk mula menjana pendapatan melalui internet.
Buat Duit Dulu, Selesaikan Masalah Anda

Hutang-piutang, bil tertunggak, masuk gaji duit habis, bayar saman JPJ dan sebagainya. Berapa banyak duit boleh dapat ? Itu TIDAK PERLU difikirkan buat masa ini. Yang penting BERTINDAK SEKARANG. Kita akan mulakan dengan Program Affiliate kerana ia cepat, tak perlu ada produk, mudah dan rendah risiko.

Sekiranya anda berminat, sila klik link di bawah:
Berniaga Tanpa Modal

Ikhlas,
Nik Zaleha Nik Mustapha
Pengedar Edy Mart

Rahsia kelebihan perniagaan online berbanding offline

Salam sejahtera kepada usahawan, samaada bakal usahawan ataupun bakal jutawan.

Saya akan bentangkan konsep prasarana yang cuba di tonjolkan dalam Edymart.

Kita seringkali di uja oleh kenyataan yang menyatakan 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

Dalam konteks ini, EdyMart tidak terkecuali terpanggil dengan pengujaan tersebut.

Lawat laman web Edymart


Bagaimanapun, Sebelum kita pergi lebih jauh konsep perniagaan melalui edymart ini, adalah lebih baik kita meninjau bagaimana pengoperasian perniagaan secara konvensional dijalankan.

Secara umumnya pengoperasi sesuatu perniagaan , berlaku di mana pengilang telah meletakkan nilai tambah yang kemudiannya di pasarkan kepada pengguna…

Dalam aliran pergerakan produk, pihak-pihak yang terlibat adalah, pengimport, cawangan2, pemborong, pengedar dan peruncit-peruncit.

Persoalan pertama, apakah nilai harga yang terbaik boleh di berikan kepada pengguna? Jika produk tersebut telah melalui beberapa tahap di mana setiap peringkat telah mengambil keuntungan yang sehingga menyebabkan harga produk itu meningkat…

EdyMart kurangkan tahap pengambilan untung.


Dalam konteks pemasaran pula, kita semua sedia maklum fomula yang mudah, lebih ramai pembeli akan memberikan lebih banyak keuntungan oleh peruncit .

Persoalan kedua, seramai mana peruncit mampu menerima pelanggan yang ramai dengan saiz kedai yang kecil.

Mampukah peruncit tersebut menyediakan satu ruang kedai untuk berjuta-juta pengguna dalam satu masa dengan kos yang rendah?

Bagaimana kita boleh dapatkan produk yang kosnya rendah dan menjualnya dengan harga yang murah tetapi masih dengan keuntungan yang seajarnya. Juga ditekankan bagamaina untuk memasarkan produk kepada pelanggan seramai mungkin dengan kos pemasaran yang murah.

EdyMart mengurangkan kos pemasaran.


Dengan kata lain, bagaimana kita nak menjual lebih kepada lebih orang dengan kurang kos dengan menggunakan masa yang sedikit…

Jawapannya…kita memerlukan teknologi…
Dari sinilah tercetusnya idea kelahiran konsep yang di bawa oleh edymart….
Edymart pada umumnya cuba untuk berkongsi perniagaan, berkongsi keuntungan dan berkongsi kejayaan…

Melalui edymart kita telah mengurangkan tahap2 pengaliran produk dengan hanya meninggalkan pengimport, pengedar dan pengguna.

Malahan edymart juga menyediakan prasarana perniagaan melalui internet di mana pengedar tidak memerlukan kedai dan tidak perlu menyimpan stok.

Sila klik link di bawah untuk lihat pelbagai kelebihan menjadi Pengedar Edy Marketing.

Lawat laman web EdyMart


Iklas dari,
Nik Zaleha Nik Mustapha
Pengedar Edy Marketing.

Saturday, January 1, 2011

Mari semak

Di manakah tahap kewangan anda?

Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb


Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.


Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!


Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.


Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?


#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.


Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)


Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!


#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.


Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!


Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?


Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.




#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!
Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…


Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).


#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.


Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!


Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!


*****************


Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Monday, December 27, 2010

Jom belajar ilmu niaga

Tarikh: 2 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 2 pm - 4 pm
(atau lebih bergantung pada soalan yg bakal di tanya)
Tempat: Genius Baby On Board ,
47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1,
Taman Meranti Jaya, 41050,
Puchong, Sgor
Bayaran: PERCUMA

Call Watie @ 016 203334 untuk menempah tempat anda


*********************

Bengkel Adsense 101

Kelas Adsense 101 untuk siri WOHOWO akan diadakan pada:

Tarikh: 15-16 Januari, 2011
Masa: 9am-1pm (sesi 15/1) & 9am-5pm (sesi 16/1)
Tempat: ScriptoryBox, Puchong (peta di sini)

RM749 sahaja
10 peserta pertama yang mendaftar berhak menikmati diskaun 40%
atau penjimatan RM300! Jadi, anda hanya perlu membayar
RM399 sahaja untuk bengkel Adsense 101 ini.
Dan jika anda datang bersama pasangan (suami/isteri),
diskaun RM100 diberikan.


************************

Kursus Borong China: Guangzhou 101

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Time: 2.00 PM
Venue: Wisma Bling Lustre, Puchong
Course Fee: RM200
(RM180 if you register through our GMTC FB Page)