Siapa Saya?

  •  Lactation Counselor (May 2013-)
  • Breastfeeding Peer Counselor (May 2011-)
  • ClothDNZ Founder (January 2010-)
  • Mom of two (2004-)
  • Librarian (2003-)

Saya Nik Zaleha Binti Nik Mustapha.
Keluarga dan rakan rapat memanggil saya sebagai Ha,
manakala rakan di pejabat atau rakan baru memanggil saya Nik / Nik Ha / Zaleha.
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berketurunan Raja Jembal.
Telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata.
 
Bekas pelajar Sek. Ren. Keb. Raja Bahar, Kota Jembal dan Maáhad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu.
Graduan UIAM dalam jurusan Ijazah Pengajian Ilmu Wahyu & Warisan (Major : Qurán & Sunnah Studies, Minor : Psychology) dan Sarjana Perpustakaan dan Sains Maklumat.

Memulakan kerjaya sementara sebagai Guru Ganti di beberapa buah sekolah di Kelantan,
Pembantu Penyelidik di UIAM dan kakitangan Pusat Sumber Islamic-Outreach ABIM.
Kerjaya tetap sebagai Pustakawan bermula di Perpustakaan UIAM,
seterusnya bertukar ke Perpustakaan UKM sehingga sekarang.

Saya meminati bidang Keibubapaan, Kewangan dan Inspirasi Kerohanian.
Memulakan perniagaan online pada tahun 2010 dengan menjual pakaian Muslimah, makanan Sunnah khusus untuk ibu menyusu, produk berkaitan bayi, buku-buku keibubapaan dan servis alteration baju menyusu.

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...