Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google
Status FB pada
Januari 2015:
Doakan saya doakan saya,
hanya beberapa hari untuk melepaskan ikatan ...
sudah cukup sudah
;)
Hutang belajar - SETTLE
Hutang kereta - SETTLE
Kad kredit - SETTLE
Personal loan 1 - SETTLE
Personal loan 2 - insyaAllah settle sebelum 29 Januari 2015 (azam 2014 yang termakbul aamiin)
Jangan buat hutang baru yang tak elok sudah..he.he..
Cuma tinggal hutang amal ibadat dengan Nya,
hutang budi di bawa mati :)
hutang ilmu - insyaAllah usaha sampaikan melalui pelbagai medium.
Disember 2015
Alhamdulillah impian bebas hutang 2014 termakbul.
Cuma ada satu hutang baru terjebak juga ..huhu..
Hutang kereta tapi niat mudah untuk balik kampung, menjenguk ibubapa, maka belilah juga kereta yang selesa sedikit. InsyaAllah target langsaikan lebih awal, 3 tahun sahaja, ada berani??
Yakin, yakin, yakin. Allah pasti beri jalannya.
Ini cerita saya bebas hutang setelah 12 tahun kerja makan gaji :
1. Niat, doa dan azam yg kuat
2. Inspirasi dari ibu
3. Berkereta di bawah kemampuan
4. Menabung
5. Sentiasa baca dan amalkan tip pengurusan kewangan.
6. Tulis target nak settle hutang lebih awal.
7. Tambah pendapatan dari bisnes online.
(Perkongsian kepada Puan Masayu Ahmad, inspirasi saya untuk bekerja dari rumah)
Saya rasa mindset nak bebas hutang adalah bermula dari
emak. Dia memang tak suka berhutang kecuali terdesak dan untuk tujuan
keperluan seperti perniagaan dan beli aset. Sejak kecil dia tekankan
cepat bayar hutang. Beli cash dengan menabung sebab dia tak makan gaji.
Pinjaman pelajaran:
Saya dapat pinjaman Mara, jadi tak sebanyak Ptptn dan tiada interest.
Terus tolak gaji ikut kemampuan kita. Biar sedikit asal bayar setiap bulan sehingga langsai. Jika dapat bonus boleh bayar lebih.
Pinjaman peribadi:
Terjebak untuk bantu suami dan susun kewangan kami.
Pinjaman pertama potong gaji guna Angkasa tetapi saya
dapati selalu ada bayaran denda lewat bayar sedangkan sudah potong gaji.
Saya rasa ada kelewatan sebab berkaitan 3 pihak, bank, majikan,
Angkasa.
Selepas langsai pinjaman pertama, pinjaman peribadi ke 2
tak guna Angkasa dan potong gaji. Saya terus bayar sendiri. Masa ni dah
dapat disiplin bayar dgn konsisten. Jika ada masa bulan yang "semput",
bulan seterusnya saya akan gantikan bayaran.
Pinjaman kereta:
Beli kereta yang paling murah dan ikut kegunaan yang hanya ke tempat
kerja dan sekitarnya sahaja. Masa pinjaman adalah 9 tahun tapi saya
sentiasa berdoa dapat langsaikan sebelum tempoh tersebut.
5 tahun pertama, rasa "sesak nafas" juga. Pernah tinggal beberapa ringgit sahaja pada hari terakhir sebelum gaji.
Jadi saya dan suami jumpa penasihat kewangan. Kerana itulah
juga terpaksa buat pinjaman peribadi tapi suami dah nampak cara untuk
uruskan kewangan kami.
Saya mula cari pendapatan tambahan melalui perniagaan online kerana saya lebih selesa dengan cara ini. Banyak duit habis dilaburkan untuk beli buku perniagaan dan kewangan serta hadir seminar.
Perbelanjaan:
Suami buat kira-kira dan susun perbelanjaan kami. Cuba berbelanja secara
berhemah. Oleh kerana kami masih menyewa, jadi tiada istilah tukar baru
perabot dll. setiap kali perayaan. Tambahan kami balik beraya di
kampung. Tiada jamuan rumah terbuka juga, yang nak datang boleh terus
datang :)
Menabung:
Suami akan pastikan saya dapat menabung di Tabung Haji. Saya suka
shopping tetapi bila sudah ada anak-anak, perlu fikir panjang untuk
pendidikan dan simpanan mereka juga.
Berkawan dengan mereka yang suka menabung juga membantu
kita kekal bersemangat. Ada tabung syiling, tabung RM1, tabung RM20,
Rm5. Anak-anak juga ada tabung mereka sendiri.
Duit bonus atau naik gaji simpan sedikit.
Loan settlement:
Duit Kwsp setelah dapat taraf berpencen guna untuk langsaikan hutang kereta lebih awal dari tempohnya.
Lebihannya untuk hutang kad kredit yang digunakan untuk baiki kereta sendiri dan suami.
Lebihan lagi jadi simpanan.
Target:
Setiap hutang memang saya tulis untuk langsaikan lebih awal. Hutang
terakhir, pinjaman peribadi kedua itu, saya gunakan kesemua duit dari
perniagaan online dan sedikit simpanan.
Saya percaya zakat pendapatan dan sedekah dapat membantu
kita mudah untuk menguruskan hutang. Sebelum shopping, selesaikan dahulu
zakat, sedekah, hadiah untuk ibubapa, pendidikan anak-anak dan takaful
perubatan.
Alhamdulillah simpanan saya sudah mencapai 6 bulan gaji
jika mahu berhenti kerja tetapi saya masih perlu berusaha untuk
mendapatkan pendapatan dari perniagaan agar sama dengan duit makan gaji
kerana kami masih belum memiliki rumah dan menunaikan haji.
Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.
===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya?
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com
Mahu mencari baju menyusu patuh syariah?
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> ClothDNZ
Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> Simpanan Emas